Thursday, July 21, 2011

P.R.Inc (Prince) bertukar P.O.P and K-Pop Isu?

Masalah hangat yang berkaitan dengan isu K-Pop kat Malaysia sekarang ialah kerana munculnya kumpulan-kumpulan baru dari Malaysia yang cuba untuk mengambil tempias dari ke-popular-an artis-artis dari Korea. Kumpulan seperti V.I.P., Max 24/7, dan Gula-Gula pernah mencetuskan isu kena hentam dengan peminat K-Pop. Sampai kebanyakkan dalam blogs dan media yang lain, mereka telah di'tampar' hebat oleh sebilangan besar yang gila tak leh terima cara diorang.

Ingatkan lepas kena hentam ni, takder la yang berani masuk 'Gelanggang'. Tapi anak Malaysia jangan di cabar, bak kata orang kini, 'Pantang Malaysia Dicabar', maka dengan itu hadir la kumpulan yang berani menamakan diri mereka P.O.P. Ataupun korang boleh dapatkan hal-hal, masalah-masalah, musuh-musuh, serta penyokong-penyokong diorang kat Facebook ni diorang yang mana mereka menggunakan nama P.R.Inc (Prince)

Klik bawah ni untuk FB diorang
(Klik disini jika anda rasa saya cun macam Nasha Aziz)

Mekacih.. (n_n)

Dengan mempertaruhkan lagu single mereka yang bertajuk 'Main Jauh-jauh', mereka yakin mampu membuka mata gadis melayu yang mereka juga kelayaknya diminati macam artis Korea. Cewah, ayat aku.. macam nak kondem diorang jer. Takder la, ini ayat gempak macam dalam berita-berita per. Kuang kuang kuang buat diri aku sebab memuji diri sendiri. Hahaha Tajuk lagu tu pun dah buat anti-fan diorang memanah dan meng-'kilat'kan mereka. Antara ayat yang aku pernah terbaca ialah 'Kumpulan P.O.P, bagus giler kalu ko gi Main Jauh-Jauh dari kitorg'. Hahaha... Tapi kalau mereka benar-benar nak tawan hati pendengar Malaysia, buat group P.O.P buktikan yang korang mampu untuk 'Mainkan produk korang dengan lebih jauh'. Wokeh? Peace no War.

Ok, let's go towards the real issue here. Aku dah dengar la single diorang ni, secara jujurnya aku suka dengan lagu tu. Bukan suka yang tahap setiap lima minit dah dengar jer, tapi ok la. Enjoy gak sound and suara diorang. Bagi style punya, aku memang rasa diorang ambil gaya K-Pop artis untuk tampil comel dan ada 'kelas gitu', tapi korang jangan risau, as real lelaki malaysia mereka tetap ensem. Ek?... (n_n) Hehehe.

Lagu diorang ni best kan? Agak best la wei.. tengok r siapa mentor mereka. Cat Farish tu... patut la best. Apa-apa hal pun mereka ni bukan ler K-Pop ataupun M-Pop, tapi KL-Pop sebab gaya dan produk yang mereka bawa ni sesuai dengan urban style gitu. Enjoy gambar-gambar mereka yang aku rasa secara jujurnya 'cun gak tu' (tiru ayat dalam 3,2,1 cinta).





Macam mana? Puas tengok? Kalau nak tahu lebih lanjut pasal diorang, sila pilih pujian mana yang anda paling suka untuk beri pada I. Ngeh ngeh ngeh.. pilih... Jangan tak pilih. (n_n')

1. Minah ni cun
2. Minah ni comel

Mekacih sekali lagi dan papai!

2 comments: