Tuesday, February 28, 2012

Percutian tak terancang 2D1N ke PANTAI MORIB.


 Hallo teman pembaca. Kembali lagi aku ke blog yang dah bersawang ni (setelah lama giler meninngalkan blog ni tanpa sebarang khabar berita)… aik tetibe wujud pulak. Itu tandanya aku belum lagi meninggal dunia dan sekaligus menjawab persoalan gossip-gosip yang menyatakan aku sudah ke Oversea. Pergh!!!! Intro pun aku dah melalut tak tahu ke benda dah. Hahahaha… Ok la, sebenarnya yang atas tu bukan per, sajer je nak kasi kebebasan korang piker pelik-pelik pasal penulis blog ni. Kuang Kuang Kuang. So, meh kita ker cerita asal page ini. Seperti yang korang dapat tengok pada tajuk di atas, ternyata ianya hanyalah satu tajuk yang merujuk kepada skop kecil penceritaan. Keh keh keh.. yer la, itu bukan open essay. So nak bagi korang jelas lagi tentang bebelan, aku nak kasik pendek citer, ni pasal gi Pantai Morib!!! Moh kita jadik lebih seyus (serius).

Percutian Tak Terancang- Amat dinasihatkan kepada korang supaya merancang setiap perkara yang berkaitan dengan fulus a.k.a duit jika ada keinginan untuk bercuti. Namun jika anda merasakan yang anda melayak jutawan untuk membuang duit dengan mudah, maka tak yah rancang ler. Sonang eh citernya.. aku ni masih lagi dalam kategori Maya Karim (ombak rindu) yang tak der duit sesen habuk (ayat hyperbola jer ni tau) tuk gi bercuti tak terancang. Aku dah rancang, tapi fail gak, terutama bab accommodation di area Pantai Morib. Mahal dah sesangat ler yang murah tu cepat habis. Maka dengan semangat yang berkobar-kobar, aku  dan cousin aku MIMI tetap gak nak pergi walaupun tak terancang.
Pantai Morib- Search sendiri dalam internet atau mana-mana article yang keluarkan tentang pantai morib. Keh keh keh…. For simple reason why I chose Morib Beach for my next vacation was because I familiar with this place as it was also my father’s village. Cis… pergh!!! Nak cakap omputih pulak dah.. hahaha….

OK! MOH TERUS KEPADA SETOR-E

3 Feb- Semalaman berfikir, nak teruskan percutian atau tak, sebab tempat tinggal tak der, makanya berbelah bagi nak pergi ker tak. Ditambah lagi dengan tak der kenderaan, makanya lagi aku berbelah bagi. Tapi oleh sebab keinginan yang nak sangat bercuti tepi pantai, aku main redah gak. Dua 
kebarangkalian telah dicipta iaitu…

1. Pergi jer dulu, kalau ada hotel sekeliling pantai nanti, dlm harga RM200 pun aku akan tibia gak.

2. Gi main-main air pahtu terus balik pada hari yang sama.

4 Feb- Pepagi lagi dah bersiap-siap, bawa baju lebih dan dalam purse tersimpan rapat RM400 untuk budget kecemasan. Berbekalkan info dari internet, aku memilih untuk menggunakan kenderaan awam ke pantai Morib. Oleh sebab aku tinggal di area Giant Batu Caves, makanya aku hanya mempunyai pilihan paling bijak untuk menaiki KTM Komuter Batu Caves. Dari Stesen Batu Caves, aku terus beli tiket ke Stesen Klang. Ingat betul-betul.. STATION KLANG. Harga tiket dalam RM6 (not the exact price, but around that). Perjalanan tak lama, hanya 1 jam lebih jer.

Dari stesen Klang, mula la mencari dan bertanya dengan orang area tu bagaimana untuk ke Pantai Morib.  Jadik nak info kat korang, tempat menunggu bas yang terdekat ialah berdekatan dengan MYDIN Klang. Pepandai la korang cari. Then , korang naik jer BAS Klang-Banting yang berharga RM3 jer untuk satu kepala. Kalau nasib korang amat baik, korang dapat tempat duduk, kalau tak korang kena berdiri. Jika ingin posisi pelik-pelik selain duduk atau berdiri, terserah mengikut keselesaan anda dan orang disekeliling. Oleh kerana ramai sangat orang… maka perjalanan dari Klang ker Banting mengambil masa 1 jam perjalanan. Anda tidak akan tersesat kerana Banting adalah destinasi terakhir bas. So leh tidur dan relax. Ambil masa melihat pemandangan di luar yer. 

 Sampai jer di Banting, mula-mula sekali aku mencari tempat tinggal sementara. Nak solat Zohor la der. Nak gi seronok-seronok pun, Allah kena ingat. Solat jangan lupa, itu tiang agama- terngiang kata-kata orang tua aku. Cewah! Aku pun redah la area banting cari hotel budget  yang termampu. Maka ternampak la aku akan sebuah hotel iaitu, Garden Hotel (Banting). 

 CONVERSATION BETWEEN ME AND THE HOTEL RECEPTIONIST
“Amoi cantik macam saya juga, itu pantai morib ma… jauh belapa minit dari Banting?” (gitu ler ayat aku)… 
“Cantik ka? Thank la sebab puji… tak jauh la amoi cantik, jelita, cun melecun, manis, ayu dan hot. Itu dalam 10 minit sudah sampai. Lu mau pergi sana? Ada teksi boleh ambil. Dalam RM15 pergi. Mau ka?”- (macam tu ler dia balas)… ha ha ha ha
“Tak per, nanti saya cari itu teksi sendiri . Kalau 10 minit tak lama la. Kalau macam tu saya nak bilik satu la. Kasi yang mulah punya. Itu standard room.”
(tips: kalau korang kedekut, sila gi cari teksi sendiri dan deal harga sendiri. Lagi murah. Kalau dari hotel, biasanya diorang akan dapat commission.)
  

Habis sudah conversation aku dengan receptionist , maka aku pun ambil la bilik standard room yang berharga RM68. Bagi Muslim, dalam bilik sudah tersedia arah kiblat untuk memudahkan korang solat. Jadi jangan cari alasan tak mahu solat. Selesai solat, aku terus ke stesen teksi yang berada tidak jauh jer dari stesen bas tadi. Aku pun deal la dengan taxi driver tu. Dia kata RM10 satu teksi untuk ker sana. Bagi aku yang tak familiar sangat ni, harga tu leh kira murah dah tu. Kira aku pun terima perjanjian itu. Dan korang jangan lupa untuk minta no telefon taxi driver tu yer. Niat memasing ler untuk per korang nak wat dengan no telefon tu, aku tak mo campur. Kalau aku just nak mintak taxi driver tu pick up kitorang bila nak balik malam nanti jer. Tapi kalu ensem mungkin…… Keh keh keh… 



Tada!!!! Sampai dah kat pantai morib! Enjoy gambar ni!!!! Just nak share.. Pantai Morib ni cantik untuk shooting pictures. Korang leh jalan ke tengah laut sebelum pukul 6 petang, sebab air surut. Lepas kul 6petang, air dah mula pasang dan nikmatilah keindahan MATAHARI TERBENAM… sambil layan blues memasing.
 
Sebelum balik, aku pun makan la di food court yang tersedia di sana. Harga makanan berpatutan bagi aku. Tapi yang pastinya… layan SEAFOOD!!!! Habis dalam RM20 satu kepala. Nasi kosong, Sotong Celup Tepung, Ikan Kerapu Bakar, Ketam Bakar (yang bakar ada sos istimewa iaitu AIR ASAM!!!) dan air watermelon kurang ais. Yahoo!!! Habis RM40 untuk dua orang.

*Maaf la… gambar kurang jelas. Camera dah habis bateri, pahtu plak camera phone pun dah nak habis bateri. Flash tak kuar. huhu

Habis makan, dalam kul 9 macam tu, aku call taxi driver untuk ambil kitaorang. Kerana memikirkan kebaikan taxi driver atau hanya mahu dikenali sebagai uncle Balan, aku membayar RM20 sebagai tips untuk dia. Kalau untuk solat, jangan risau, kawasan ini ada menyediakan surau dan lain-lain kemudahan awam untuk korang. Sampai hotel, tidur keletihan dan bersiap untuk check-out esok. 

5 Feb- Macam biasa, sarapan pagi kena cari sendiri la. Tak susah sangat sebab kedai makan halal banyak. So, makan la per yang ada hanya untuk mengisi perut. Macam aku nyer sarapan, just need to spend around RM2. Enough and full!

Satu yang penting tentang Banting ni, melalui info yang aku dapat dari internet, kalau dah sampai Banting, jangan lupa pekena Cendol. Kata diorang cukup sedap. So, nak dijadikan rezeki kami cukup mudah, dibelakang The Store Banting, aku penjual cendol India. Oleh sebab bimbang dengan kehalalan cendol itu, tetapi masih nak rasa cendol Banting, aku pun survey la orang-orang Islam sekitar tu. Jawapan positif yang aku terima. Maka dengan 100% yakin, aku menjamah cendol pulut tersebut yang berharga RM3 untuk dua cendol!. Hehehe… tak ingat nak tanya yang aku jer berapa ringgit. Rasa.. cukup lemak santan dan gula, aku bagi 4/5 dan nescaya kalau aku tak makan pagi tadi, memang aku order satu mangkuk lagi.

Google!!! (sebab tadi dah cakap Yahoo!!!) Sekarang ni plak, bab shopping beli souvenir plak! Yang ini kami tidak berkesempatan untuk membeli perkara wajib di Banting iaitu kerepek dan keropok untuk dibawa pulang. Hallo… bukan sebarangan beli kak, beli dengan harga borong, murah dan banyak! Hahahha.. Oleh sebab kami tak der masa untuk ke kawasan utama pembuatannya di area kampung, maka kami membeli jer yang kat Banting. Tapi still gak kedai borong!!! Ini ler benda yang kami beli… Kuang Kuang Kuang…

So, macam biasa la. Kami naik bas dari Banting-Klang. Kalau korang bimbang dan tersasar jauh dari Perhentian dengan MYDIN, sebagaimana telah berlaku pada kami, jangan bimbang atau kata Maher Zain… “InsyaAllah, ada jalannya”… anda boleh berhenti di Stesen Klang, dan berjalan la 20 minit untuk ke Stesen Komuter Klang. Tada!!! Maka macam tu la. Citernya… Ada pertanyaan, sila tulis jer at comment bawah ni.
Yang pastinya… korang boleh kira baper ringgit jer aku habis. Lagipun aku gi dengan partner, so kongsi-kongsi bayar la. Jumlah wajib yang habis ialah RM100 jer kot. Bye! Wassalam. (masa untuk gi solat Maghrib)

Tuesday, July 26, 2011

OH KOME DOYAN UDAH LUGHUH! MOH KITE CEPAT PEGI SULUH!

Apa khabar pembaca sekalian. First of all, saya nak ucap terima kasih sebab sudi menjengah ke blog saya yang amat la tidak berapa femes (bukan tak berapa femes, tapi memang tak femes langsung). Hehehe. TERIMA KASIH! I LOVE YOU ALL!!
Ini aku ada hadiah istimewa untuk korang.
Tada!!!! (Tolong la wat muka excited, please… huhuhu)


Baiklah, sesi pembahagian hadiah kepada tetamu-tetamu blog saya telah pun berjalan dengan lancarnya. Hehehe.. jadi moh la kita terus kepada topik karangan dalam bentuk penceritaan saya iaitu DURIAN. Kalau nak beli durian, selalunya penjual akan melonggokkan durian-durian dan meletakkan harga mostly 3 RM10. Kalau kat supermarket pulak, biasanya ianya telah siap dibungkus cantik untuk dijual. Kalau anda penggemar sebenar sejati dan ada mutu serta kualiti buah durian, mesti anda lebih memilih untuk makan durian yang baru dikopek. Kerana nikmat durian yang masih dalam kulit adalah amat berbeza…. (ini ayat kawan aku yang hantu durian tu, aku copy paste untuk dapatkan perasaan sebenar hantu durian). Oh ya, sebelum tu korang layan jap lagu buah-buahan tempatan ni kalau korang tahu lagunya. Ini adalah untuk anda ambil feel time baca karangan saya kejap lagi. Nah! Ini liriknya. Lagu ini aku hafal masa aku sekolah rendah..
BUAH-BUAHAN MALAYSIA
Durian, Ciku, Buah Rambutan
Rasanya jadi idaman
Berbagai bentuk rupanya
Buah-buahan Malaysia
Buahlah Manggis putih isinya
Duku Langsat dan Papaya
‘Pabila musim pun tiba
Dijual merata-rata
Dah habis sesi karaoke tadi, kembali semula kita pada topik sebenarnya. He he he.. yang ni kompem terus kepada karangan. Ok la, nak dijadikan sejarahnya, makcik aku (Cik Kasmarina dan keluarga) telah dijemput dengan terhormatnya ke kampung teman sepejabatnya iaitu (Puan A.. Nama Samaran. Hehehe) untuk menikmati buah durian hasil dari kebun milik keluarganya di Bentong Pahang. Maka, bertarikh 24 Julai 2011, bersamaan dengan 22 Syaaban 1432 Hijrah, bertolaklah kami dari Gombak ke Bentong. Perjalanan untuk sampai ke rumah (Puan A) yang terletak di Felda Lakum ialah selama 1 setengah jam perjalanan. Jarak ini selalunya jika jalan jem ataupun orang luar yang tak tahu jalan. Berbekalkan perut kosong dan bayangan buah durian free, kami selamat sampai di sana dengan wajah berseri-serinya. Bertambah la seri kami apabila kami terus dijamu dengan keenakkan buah DURIAN KUNYIT.. Aktiviti menjamu selera kami menjadi bertambah rancak apabila kami turut disajikan dengan pemandangan Kolam Ikan milik keluarga ini. Fuh!!! Memang naik selera kami, ‘tumpas’ la jugak 10 biji durian dalam mulut. Sambil-sambil menjamu selera, tuan rumah juga turut memperkenalkan aktiviti biasa mereka iaitu mengail ikan menggunakan joran. Di kolam ikan ini, hampir kesemua jenis ikan sungai yang dikenali ramai, telah dipelihara oleh keluarga ini. Kalu minuman sekarang 3 in 1, ini pulak mungkin 10 in 1 la kot jenis ikan yang ada dalam kolam ni. Aku punya sepupu bukan main seronok lagi, sampai tak mahu balik. Dah la dia tak mahu balik, siap dai tak kasi kami pun balik sama. Banyak cantik, esok nak kerja la Rafiq oi…

Kolam milik Tuan Rumah Sekeluarga.

Habis sahaja sesi makan durian, aku, sepupuku (Norsyamimi) dan juga makcikku, kekenyangan dek kerana makan durian tak ‘hengat dunia’. Pakcikku hanya menjamah beberapa ulas sahaja, kerana dia sudah sedia ‘simpan perut’ untuk aktiviti lunch! Cis, aku yang lupa bahawa tuan rumah ada mengajak kami untuk Lunch bersama tadi merasa amat terkejut kerana bimbang tak dapek nak menikmati Lunch pulak.


Korang jangan pelik, aku memang pompuan kuat makan. Heheheh. Nah! Makanan kampong yang cukup menyelerakan, terutama King Kong macam aku. Ulam, air asam (memang best, rugi tak sempat mintak resepi), asam pedas ikan patin, ikan jelawat bakar, sayur kangkung goring, telur masin, nasi kosong dan air batu sunquick. Pergh! Memang menaikkan selera aku. “Tapi ini rumah orang nak, bersopan sikit yer” kata-kata orang-orang tua terngiang-ngiang dalam otak aku dan memaksa aku hanya makan cikit ajer. Hehehe.


Untuk pengetahuan korang, semua makanan yang telah siap dimasak ini, hampir semua bahan-bahan memasak ini diambil dari hasil tanaman dan penternakan milik keluarga ini. Cayalah! Memang kos memasak sehari-hari tersangat la untung abang oi! Benar la kata orang, berbudi pada tanah memang membawa untung.

Selesai makan tengah hari, kami bersolat sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. Pengalaman hari ini cukup memuaskan hati saya walau ianya hanya sementara tetapi kepuasan yang ada dalam hati terlalu terlampau untuk saya kongsi disini. Korang kena rasakan sendiri, barulah korang tahu, best woooo ada kampong macam ni. Enjoy gambar-gambar ni sebelum anda tutup page ini. Mekacih…. Peace no War!