Manusia akan berbicara tentang aku sebagai subjek
Kerana aku membawa cerita yang sangat menarik
Manusia suka melihat aku seperti objek untuk diuji
Kerana aku ciptaan yang memberikan ilham
Manusia ralit mendengar cerita diriku untuk ketawa
Kerana aku wujud hanyalah sebagai badut penceria
Manusia suka tersenyum pada ku ketika bertemu
Kerana di belakang ku mereka akan mengeluh
Manusia selalu menjumpai apa jua kesalahan diriku
Kerana mereka melihat mereka sebagai teraniya
Manusia akan berdiam diri apabila aku berbahas
Kerana ilmuku terlalu kecil untuk di layan
Manusia kerap tersenyum menyindir diriku
Kerana aku sentiasa kurang dari mereka
Siapakah manusia itu?
Siapakah mereka itu?
Siapa pula aku ini?
Tiga soalan yang hanya ada satu jawapan paling tepat.
Kerana semua itu ciptaan-Nya yang sama…