Apa khabar pembaca sekalian. First of all, saya nak ucap terima kasih sebab sudi menjengah ke blog saya yang amat la tidak berapa femes (bukan tak berapa femes, tapi memang tak femes langsung). Hehehe. TERIMA KASIH! I LOVE YOU ALL!!
Ini aku ada hadiah istimewa untuk korang.
Tada!!!! (Tolong la wat muka excited, please… huhuhu)

Baiklah, sesi pembahagian hadiah kepada tetamu-tetamu blog saya telah pun berjalan dengan lancarnya. Hehehe.. jadi moh la kita terus kepada topik karangan dalam bentuk penceritaan saya iaitu DURIAN. Kalau nak beli durian, selalunya penjual akan melonggokkan durian-durian dan meletakkan harga mostly 3 RM10. Kalau kat supermarket pulak, biasanya ianya telah siap dibungkus cantik untuk dijual. Kalau anda penggemar sebenar sejati dan ada mutu serta kualiti buah durian, mesti anda lebih memilih untuk makan durian yang baru dikopek. Kerana nikmat durian yang masih dalam kulit adalah amat berbeza…. (ini ayat kawan aku yang hantu durian tu, aku copy paste untuk dapatkan perasaan sebenar hantu durian). Oh ya, sebelum tu korang layan jap lagu buah-buahan tempatan ni kalau korang tahu lagunya. Ini adalah untuk anda ambil feel time baca karangan saya kejap lagi. Nah! Ini liriknya. Lagu ini aku hafal masa aku sekolah rendah..
BUAH-BUAHAN MALAYSIA
Durian, Ciku, Buah Rambutan
Rasanya jadi idaman
Berbagai bentuk rupanya
Buah-buahan Malaysia
Buahlah Manggis putih isinya
Duku Langsat dan Papaya
‘Pabila musim pun tiba
Dijual merata-rata
Dah habis sesi karaoke tadi, kembali semula kita pada topik sebenarnya. He he he.. yang ni kompem terus kepada karangan. Ok la, nak dijadikan sejarahnya, makcik aku (Cik Kasmarina dan keluarga) telah dijemput dengan terhormatnya ke kampung teman sepejabatnya iaitu (Puan A.. Nama Samaran. Hehehe) untuk menikmati buah durian hasil dari kebun milik keluarganya di Bentong Pahang. Maka, bertarikh 24 Julai 2011, bersamaan dengan 22 Syaaban 1432 Hijrah, bertolaklah kami dari Gombak ke Bentong. Perjalanan untuk sampai ke rumah (Puan A) yang terletak di Felda Lakum ialah selama 1 setengah jam perjalanan. Jarak ini selalunya jika jalan jem ataupun orang luar yang tak tahu jalan. Berbekalkan perut kosong dan bayangan buah durian free, kami selamat sampai di sana dengan wajah berseri-serinya. Bertambah la seri kami apabila kami terus dijamu dengan keenakkan buah DURIAN KUNYIT.. Aktiviti menjamu selera kami menjadi bertambah rancak apabila kami turut disajikan dengan pemandangan Kolam Ikan milik keluarga ini. Fuh!!! Memang naik selera kami, ‘tumpas’ la jugak 10 biji durian dalam mulut. Sambil-sambil menjamu selera, tuan rumah juga turut memperkenalkan aktiviti biasa mereka iaitu mengail ikan menggunakan joran. Di kolam ikan ini, hampir kesemua jenis ikan sungai yang dikenali ramai, telah dipelihara oleh keluarga ini. Kalu minuman sekarang 3 in 1, ini pulak mungkin 10 in 1 la kot jenis ikan yang ada dalam kolam ni. Aku punya sepupu bukan main seronok lagi, sampai tak mahu balik. Dah la dia tak mahu balik, siap dai tak kasi kami pun balik sama. Banyak cantik, esok nak kerja la Rafiq oi…

Habis sahaja sesi makan durian, aku, sepupuku (Norsyamimi) dan juga makcikku, kekenyangan dek kerana makan durian tak ‘hengat dunia’. Pakcikku hanya menjamah beberapa ulas sahaja, kerana dia sudah sedia ‘simpan perut’ untuk aktiviti lunch! Cis, aku yang lupa bahawa tuan rumah ada mengajak kami untuk Lunch bersama tadi merasa amat terkejut kerana bimbang tak dapek nak menikmati Lunch pulak.

Untuk pengetahuan korang, semua makanan yang telah siap dimasak ini, hampir semua bahan-bahan memasak ini diambil dari hasil tanaman dan penternakan milik keluarga ini. Cayalah! Memang kos memasak sehari-hari tersangat la untung abang oi! Benar la kata orang, berbudi pada tanah memang membawa untung.
Selesai makan tengah hari, kami bersolat sebelum balik semula ke Kuala Lumpur. Pengalaman hari ini cukup memuaskan hati saya walau ianya hanya sementara tetapi kepuasan yang ada dalam hati terlalu terlampau untuk saya kongsi disini. Korang kena rasakan sendiri, barulah korang tahu, best woooo ada kampong macam ni. Enjoy gambar-gambar ni sebelum anda tutup page ini. Mekacih…. Peace no War!






