Saturday, February 26, 2011

THE SHIHLIN, TAIWAN STREET SNACKS!

Biasa makan makanan Taiwan? Di sini, hamba ingin mengambil kesempatan untuk memperkenalkan makanan ringin (atau orang putih panggil snack) yang datang dari Taiwan. Tapi yang pekerja dan pembuatnya labour Malaysia la. At the very first place, I really want to thank Cik Siti Hafizah sebab dia and tunangnya Encik Zaid sanggup dan merelakan diri memperkenalkan tempat ni kepada hamba. Bunyi down to earth cikit. Kui3. Tapi sebenarnya nama mereka disebut sebab diorang yang belanja. TERIMA KASIH YOU ALL!!!

Meh la kita terus kepada makanan kat tempat yang terserlah dekat business board ni namanya THE SHIHLIN. Lokasi tempat ni banyak, tapi yang biasa I pergi mestilah dekat the Garden.

Persoalannya, sedap sangat ker sampai ko (aku la tu) nak review sal tempat ni?

Bukan la sebab tempat tu sedap sangat, tapi nak dijadikan al-kisahnya itu first time hamba makan makanan Taiwan. Kiranya eager nak mencuba rasa masakan dan share dengan korang yang sangat baik menghadap depan PC untuk membaca blog hamba yang sangat la kurenggggnya ini. Terima Kasih!!!

Nah, meh hamba sajikan makanan yang menjadi lambang kedai ni…

1. Handmade Oyster Mee Sua.

Rasa makanan ni macam per yer…. Erm… entah la. Tapi if korang biasa masak pakai sos tiram memang macam tu la rasanya. Cuma yang bezanya ialah kuahnya pekat dan rasa sos tiramnya lebih dari biasa. Memang aku tumpang menghirup gak la yang kawan aku punya. Mee yang digunakan macam bihun, tetapi kata kawan aku, bukan bihun. Ianya merupakan mee yang sangat nipis. Ditambah dengan sedikit tiram dan boleh mintak tambah cili if nak pedas. Ala namanya pun dah Oyster, kompem la semuanya pasal tiram. Harga ialah RM6.


2. XXL Crispy Chicken

Ini adalah merupakan makanan yang Hot juga kat sini. But sincerely, korang pernah tak makan UNCLE BOB FRIED CHICKEN? Macam tu gak la kesnya. Cuma perasa lain kot. Bentuknya macam chicken chop. Standard-nya besar macam tu. Best… Harga makanan ni juga RM6.


3. Sweet Plum Potato

Ha!!!! Yang ini aku amat dan teramat ingin korang rasa. Rasanya memang best. Nak cakap memang aku lost the words la. Just aku leh kasi tahu, perasa dia sangat best. Yummy. Harganya dalam RM4.

4. Ricebox Set

Ini makanan yang cukup untuk buat korang kenyang (kalau anda jenis yang bersederhana la). Dengan pakej Ricebox Set+ Soya Milk or Minirel water, korang kena bayar RM10. Dalam ricebox ini, tersedia ayam goreng yang telah dipotong, Tofu, Rice dan sos pekat yang dibuat khas untuk set ini.

5. Crispy Floss Egg Crepe

Sejujurnya, aku tak makan lagi makanan ni, just nak tunjuk kat korang pilihan makanan yang ada kat The Shihlin ni. Hehehhe… But nanti aku nak rasa gak. Mungkin dengan korang.. sape tahu. Hehehehe Harganya tak silap aku between RM5 – 6.
Credit this picture to Mr A

credit these pictures to Mr B.

Overall yang aku leh komen ialah, ia adalah satu tempat yang istimewa yang mana menyajikan hidangan Halal Taiwan. Harga untuk satu hidangan pula pastinya tidak lebih dari RM 20. Ala, sekali-sekala mencuba sesuatu yang baru tidak ada salahnya.

JOM!!!

Are u sure it is not Green Bee?



Comedy-Action! Itulah genre yang I leh labelkan pada movie Green Hornet ni. Memang comedy yang bersahaja dan Action yang meletup. Kalau tengok yang 3D memang macam korang yang kena tempias letupan dalam citer tu. Lakonan mantap Jay Chou (memang favourate hero aku yang rasmi lepas kena tempias lakonan mantapnya dalam Kungfu Dunk).

Mamat hero yang pertama pulak ialah Seth Rogen ( mamat ni memang agak tak la popular untuk menjadi hero.. hehehe.. tapi kalau korang suka tengok citer The Spiderwick Chronicles dan Kungfu Panda, dia memang involved). Dia memang banyak menjadi tulang belakang yang sangat mantap dalam citer2 yang meletup. Walaupun dalam movie kanak2 yang aku sebut tadi dia bukan hero, tapi watak yang dia bawa memang member kesan juga dalam ingatan aku yang macam kanak-kanak rebina ni. Hahahha


Citer action without heroin memang kurang best. Hero kena ada heroin, walaupun tak perlu scene berkasih-kasihan, namun tetap kena ada. Sebab reality dunia ni bukan lelaki jer yang hidup. Hahaha. So watak heroin dalam cerita ni disandang oleh Cameron Diaz. Wanita yang cukup serasi dengan banyak watak aksi, antaranya ialah Charlie’s Angels.



So, citer ni agak memang best. Aku sangat suka menontonnya. Dia macam movie sindiran yang lucu. Kenapa pulak aku tetiba kata macam tu?

Dari sudut pandangan aku :

1. Selalunya Hero selalu dianggap sebagai perfect. Kaya, pintar, hensem, bijak dan bla bla bla… kawan hero pulak hanyalah watak yang orang tak berapa nak ingat walaupun tanpa kawan dia ni sebenarnya hero tu is nothing at all. Tapi dalam citer ironman lain cikit la. So per yang movie Green Hornet ni nak sampaikan ialah there is nothing call a Hero, but there are always HEROES. Tanpa sokongan Backbone, tak leh berdiri ler jawabnya hero.

2. Heroin dalam citer aksi mostly, seorang yang paling menawan dan sepandai hero lagaknya. Hehehhe… tapi Ironman tak macam tu sgt. Hehehe. Watak heroin dalam citernya sebenarnya yang menjadikan jalan cerita ni adventurous. Sebab kepakarannya dalam criminal psychologies or minds, dia memantapkan lagi nama Green Hornet ni. Dan dia hanya tahu dia dipergunakan bila mana dua-dua heroes ni mengaku kesalahan diorang. Kiranya, yang mastermind yang kuat citer ni sebenarnya heroin la. Until the end, still gak dia yang plan. Hahahha

3. Penjahat dalam citer ni adalah seorang yang sama tahap IQ-nya dengan hero. Hahhaa. Masing2 mencari identiti yang perfect untuk menjadi main actor. Tanpa penjahat tu sedari yang untuk menjadi jahat, dia juga perlukan sokongan members juga. Kalau jadi jahat ikut kepala otak sendiri memang macam tiada ‘sinar’ dalam diri seorang yang bergelar penjenayah.

Aku tahu, ramai yang mungkin tak bersetuju dengan pendapat aku, tapi as I mentioned above, It was just my own opinion. Kalau anda rasa anda betul dan I salah, mungkin anda mempunyai sebab kukuh anda yang tersendiri.

Apa- apa hal pun, citer ni aku leh bagi 4/5 stars. Korang kena tengok (I tak paksa yer)!. Ok la papai… sambung citer lain kali plak. Adios.

Sunday, February 13, 2011

Pulau Pinang- Part 3


(Minah pengarang makan aiskrim dengan rakusnya)

I kembali lagi untuk melaporkan kisah cerita dan pengalaman di Pulau pinang. Cewah! macam pengacara tak official plak. kuang kuang kuang... Ok2 meh2 I citer.

Dalam part 2, I and kawan-kawan pergi ke Botanical Park untuk bersiar. Memang cantik taman ni.

So dah letih bersiar-siar kami memutuskan untuk lunch. Makanan pertama yang terbayang kat minda aku pastinya NASI KANDAR (nak baca citer sal nasi kandar yang best, pi blog ni! Makanan yang cukup serasi dengan kewujudan Pulai Pinang. Kitaorang ni bukannya tak pernah makan nasi

kandar sebelum ni, tapi kami just sentap yang bukan Pulai Pinang mari. So, alang2 kami sampai sini, boleh la kami rasa apakah kelainan hasil buatan kat tanah tumpah sendiri. hehehe...

So, AA bercadang nak bawa kami makan di sebuah tempat yang dia kata cukup terkenal dengan keenakkan nasi kandar. Tapi malangnya kedai itu hanya dibuka pada waktu malam sahaja. Sebab apa hanya malam, aku tak tahu. Tapi dari ceritanya kedai itu walaupun di buka malam namun pengunjung yang datang memang tak putus. Erm... lain kali jer la kami pendam niat hati kami tu. huhuhu

Last2 AA pun singgah la di sebuah kedai makan nasi kandar. Wah, pengunjung ramai juga di gerai ni, agak sesak juga kedai ni. Malah kedai ni mempunyai dua premis. Mula la terbit andaian dibenak fikiran kudus kami yang kedai ini mesti sedap punya.

Inilah pilihan lauk kami. Nasi kosong+ayam kari+ayam masak ros+sayur bayam dal+air pilihan sendiri. hehehe.. Overall harga AA tak mo kasi tahu. Katanya biarlah rahsia. Dia ikhlas belanja kami. hahahah.

Ini merupakan sesi ulusan I tentang nasi kandar kedai ni. Nama kedai ni aku lupa nak ambil, so sangat2 sorry tak leh reveal. Huhuhu...

Ehem2 (buat-buat macam orang yang pakar kritik makanan)...

------------ Rasanya makanan kat Kedai mamak dalam Kampus UIA lebih best -----------

Secara jujurnya aku cakap. Stop!!. kalau korang tak puas hati aku tak leh nak kata apa. tapi memang itu yang aku rasa. hehehehe

Ok2. Kita berhenti seketika untuk iklan makan-makan, kita gi part jalan-jalan plak.

Lepas makan kami dibawa berkunjung ke sebuah Mall yang dekat dengan pantai. Honestly folk Queensbay Mall Penang ni memang cantik view kat luar terutama waktu petang. Kami masuk ke Mall ni bukan sebab kami tak pernah masuk mana-mana Mall kat tempat lain, tetapi sebab tak der pilihan. hehehe. AA ada kerja kat rumah, so hari plak dah senja, el0knya dia drop kami tempat yang kami leh ronda2 + selamat. Disini aktiviti kami rancang tak byk. Iaitu:

1. Solat (kena buat bagi yg boleh)

2. Shopping (pilihan masing-masing)

3. Tengok wayang (pilihan masing-masing gak)

4. Dinner (erm... macam kena jer buat. hahaha)

Ok, part ketiga berhenti di sini sebab aku ingat untuk selingan nanti aku review sal movie yang aku tgk. Nak tahu? tunggu..... tak mo tahu? x yah tungguuuu... senang jer kan. kih kih kih.. adios bebeh.

Thursday, February 10, 2011

Pulau Pinang- Part 2

Fuh.. akhirnya homework aku siap jugak! So boleh la aku teruskan kerja up date blog. Ok2. Part 1 ritu merupakan hari pertama aku menjejak kaki ker Pulai Pinang. Untuk hari kedua plak, kitorg hanya duduk beristirehat dirumah kawan dan tak der aktiviti luar. Nak dijadikan cerita kawan aku aku hal untuk ke Perak. So nak tak nak hari ketiga kitorg memang tak der tempat tinggal la. So terpaksa la kami contact hotel untuk dijadikan rumah penginapan sementara. Huhuhu… Dengan bantuan seorang kawan yang berasal dari Pulai Pinang, dia akhirnya Berjaya menempah sebuah bilik di Recsam International House .

Kami ambil tempahan untuk deluxe punya, dan harga yang dikenakan amat berbaloi bagi kami iaitu RM85 sehari. Kenapa I kata berbaloi? Sbb kami duduk tiga org, so untuk satu kepala kami kena bayar dlm RM 28 seorang jer k. J


(Recsam International House)


Ni la rupa keadaan dalam bilik. Sorry, sebab keletihan kami letak barang dulu and baru ambil gambar. Ruang dalam memang agak memuaskan. Ada Hot shower+ bilik air yang bersih+ TV dengan astro channel yang terpilih+ 2 buah katil sederhana empuk dan blab bla bla…. Tapi yang x bestnya ialah view dari verandah. Tapi ok la per, I bukan nak gi skodeng sesapa pun kat verandah. Hahaha.


Selesai jer letak barang, kami pun keluar jalan-jalan cari makan sebab waktu pun dah nak masuk lunch hour. Dengan bantuan tour guide tak bergaji kami iaitu abang Azhar, kami dengan selesanya mencari dan meneroka Pulai Pinang. Tempat pertama yang kami nak serang ialah Bukit Bendera (Penang Hill). Teringin nak naik ketapi dan tapi hajat kami tak kesampaian sebab renovation until April. Huhuhu…

So, AA (Abang Azhar) untuk membawa kami ke Botanical Garden Penang dulu sebelum kami isi perut. Kami ikutkan jer la. Perjalanan yang agak lama kami rasakan sebab masa tu Chinese New Year, jalan mesti la sesak. huhuhu.. Sampai jer kat sana kami teruja melihat keretapi. Hahaha.. Macam bebudak kan. Tapi apa-apa hal pun kami mesti beli aiskrim! Tapi i bagi advice kat u all, supaya datang sini waktu pagi dan jangan la naik ketapi, Sebab tak der per yang menarik pun maser naik ketapi. Lagi syok kalau jalan kaki. Banyak view cantik yang kami rasa sangat-sangat berbaloi kalau anda kaki ambil gambar. Tempat yang awesome untuk melepaskan kebisingan bandar.


Kalau korang berminat nak tgk gambar yang cantik-cantik (sebab aku tak bawa camera time ni, just took pictures guna mobile phone jer) aku suggest korang klik kat link ni. Kompem korang puas hati punya. heheheh Ok la... Untuk part 3 nanti aku still gak dalam hari ketiga kami, tapi sebab line internet dah slow time ni, I up date hari lain. huhuhu.. Adios.

Sunday, February 6, 2011

Percutian Ke Pulau Pinang! -Part 1

Nak dijadikan story.. ritu i dapat call from my friend, ajak teman dia gi Pulau Pinang untuk melawat kawan dia Puan Azira dan Family. Azira ni pun kawan i gak sebenarnya. hehehe.. So, sbb cuti mid-sem pun ngah datang dan i sendiri tak der plan nak gi mana, ngikut la teman. bawa sekali dgn adikku sayang 'deejay Dave'. duit dalam tangan ada la dlm RM300. Kalu jenis i, mmg RM300 ni tak berapa nak mengangkat senyuman ku hingga ke cuping telinga la, tapi bila teman dah free, makan
50% free, pengangkutan 70% free, tour guide 100% free.. maunya tak cukup? lebih ma...


Jadik pagi tu aku pun bertolak la ke sana menaiki bus Plusliner, harga tiket dalam RM35. selesa sangat sebab tak ramai org. dapat plak seat tepi tingkap, boleh tgk view besar punya. muah muah muah..
Ini ler kawan i, dia dapat seat tengah.. betul2 tengah..
Sampai dalam kul 11 pagi gitu lepas kitorg bertolak dlm kul 7.30 pagi. sampai di sana, Azira bawa kitorg gi rumah dia n rest dlu. sbb petang nanti dia akan memulakan aktiviti pertama kitorg iaitu jalan-jalan tepi pantai. So, petang tu kitorg pun gi le sedut angin pantai sambil cuci mata banyak dan cuci kad bank cikit. hehehe...

kawasan pantai ni.. oh lupa nak kasi tahu mana.. Padang kota lama. petang2 kat sini memang ramai org. tourists and local people suka ambil gambar kat sini and menjamah makanan penang dan sebagainya yang tersedia di satu sudut. jadi boleh la anda pilih-pilih gerai dan selera anda sendiri. jualan barang mainan pun banyak, ala biasa la.. tarikan untuk kanak-kanak. pantai kat sini tak payah la anda expect nak pakai baju renang or berjemur sambil baring or any activities that u think u usually doing at the beach. kat sini orang just lepak-lepak je.

Duduk lepak dah lama, maka malam pun menjelang tiba. hehehe.. time to have a great dinner. kitorg pun masuk ke dalam area 'FOOD COURT' yang jual overall memang makanan tempatan. Dari jauh lagi mataku memandang gerai yang menjual Pasembur. aku tak pernah makan makanan ni kat mana-mana pun before. rupa makanan yang dah siap pun aku tak tahu macam ner. Tapi dengan makanan yang bertimbun-timbun present kat customer, memang nafsu makan aku naik. per lagi maser untuk memilih...

Ini la rupanya gerai itu...
Tapi kawan-kawan, pengalaman makan pasembur kat gerai ni (aku tak kondem gerai Pasembur lain) memang buat aku seram nak makan dah pasembur ni.. bukan sebab rasa makanan dia hampeh or tak best, tapi sebab harga. Huhuhu... melayang RM40 untuk makan benda yang cikit beb!

Ini la pasembur yang aku pilih before dia letak kuah and timun. ropa-ropanya pasembur ni macam rojak. Dalam nama lainnya ialah rojak India. Adik aku dan kawan makan char kuew tiaw penang. Erm... harga memang kompem mahal, RM8 sepinggan. rasa hampeh. letak 3 ketul udang, tak der sayur langsung.. kuah pulak pahit dan kelat semacam. gambar tak der.

I ni bukan jenis yang suka kritik makanan atau ada certificate untuk jadi pengkritik makanan, tetapi dengan harga + rasa + tempat yang kategori gerai jer kot. Harga macam tu memang mencekik darah namanya. Ini memang turut diakui oleh anak jati Penang sendiri tau.

Habis jer makan dinner, kitorg lepak-lepak jap balik kat tepi pantai tadi. sajer nak kasi makanan hadam dengan baik sebelum bertolak pulang dan tido! suasana malam kat sini maser ni still lagi meriah. Beca masih lagi beroperasi dengan radio yang terpasang lagu untuk penumpang-penumpang istimewa diorg la. Kitorg tak naik sebab masih lagi 'TERSEMBUR DENGAN HARGA MAKANAN' tadi. hahaha.. penjual-penjual barang mainan pun masih lagi beroperasi. Macam sebuah karnival kecil la.
dalam pukul 11 gitu kitorg pun bertolak balik ke rumah.