Fuh.. akhirnya homework aku siap jugak! So boleh la aku teruskan kerja up date blog. Ok2. Part 1 ritu merupakan hari pertama aku menjejak kaki ker Pulai Pinang. Untuk hari kedua plak, kitorg hanya duduk beristirehat dirumah kawan dan tak der aktiviti luar. Nak dijadikan cerita kawan aku aku hal untuk ke Perak. So nak tak nak hari ketiga kitorg memang tak der tempat tinggal la. So terpaksa la kami contact hotel untuk dijadikan rumah penginapan sementara. Huhuhu… Dengan bantuan seorang kawan yang berasal dari Pulai Pinang, dia akhirnya Berjaya menempah sebuah bilik di Recsam International House .

Kami ambil tempahan untuk deluxe punya, dan harga yang dikenakan amat berbaloi bagi kami iaitu RM85 sehari. Kenapa I kata berbaloi? Sbb kami duduk tiga org, so untuk satu kepala kami kena bayar dlm RM 28 seorang jer k. J
(Recsam International House)

Ni la rupa keadaan dalam bilik. Sorry, sebab keletihan kami letak barang dulu and baru ambil gambar. Ruang dalam memang agak memuaskan. Ada Hot shower+ bilik air yang bersih+ TV dengan astro channel yang terpilih+ 2 buah katil sederhana empuk dan blab bla bla…. Tapi yang x bestnya ialah view dari verandah. Tapi ok la per, I bukan nak gi skodeng sesapa pun kat verandah. Hahaha.

Selesai jer letak barang, kami pun keluar jalan-jalan cari makan sebab waktu pun dah nak masuk lunch hour. Dengan bantuan tour guide tak bergaji kami iaitu abang Azhar, kami dengan selesanya mencari dan meneroka Pulai Pinang. Tempat pertama yang kami nak serang ialah Bukit Bendera (Penang Hill). Teringin nak naik ketapi dan tapi hajat kami tak kesampaian sebab renovation until April. Huhuhu…
So, AA (Abang Azhar) untuk membawa kami ke Botanical Garden Penang dulu sebelum kami isi perut. Kami ikutkan jer la. Perjalanan yang agak lama kami rasakan sebab masa tu Chinese New Year, jalan mesti la sesak. huhuhu.. Sampai jer kat sana kami teruja melihat keretapi. Hahaha.. Macam bebudak kan. Tapi apa-apa hal pun kami mesti beli aiskrim! Tapi i bagi advice kat u all, supaya datang sini waktu pagi dan jangan la naik ketapi, Sebab tak der per yang menarik pun maser naik ketapi. Lagi syok kalau jalan kaki. Banyak view cantik yang kami rasa sangat-sangat berbaloi kalau anda kaki ambil gambar. Tempat yang awesome untuk melepaskan kebisingan bandar.





Kalau korang berminat nak tgk gambar yang cantik-cantik (sebab aku tak bawa camera time ni, just took pictures guna mobile phone jer) aku suggest korang klik kat link ni. Kompem korang puas hati punya. heheheh Ok la... Untuk part 3 nanti aku still gak dalam hari ketiga kami, tapi sebab line internet dah slow time ni, I up date hari lain. huhuhu.. Adios.
No comments:
Post a Comment