Sunday, September 6, 2009

Kejatuhan Dan Kebangkitan

Wahai Manusia
Peganglah Pada Kebenaran Yang Nyata
Jangan Menilai Dengan Mata Yang Buta
Tapi Nilai Dengan Kebenaran Yang Bercahaya
Kerana Kau Pasti Jatuh
Ditangan Pendusta-Pendusta

Kau Mengejar Masa Yang Berlari
Kerana Hatimu Kosong Tak Terisi
Langkahmu Layu Pada Kelaraan
Merapatkan Dirimu Pada Penipuan
Ketahuilah Dajjal Sedang Memerhati
Langkahan Lemah Jiwa Yang Sepi

Kebenaran Itu Azali
Kebenaran Itu Hakiki
Kebenaran Itu Abadi
Pada Hamba Yang Mentaati

Bangkitlah Isa Memberikan Erti
Pada Maksud Yang Diseru Ilahi
Masa Yang Pergi Takkan Kembali
Jiwa Yang Rakus Akan Terhenti

Dibarisan Mana Kita Nanti?
Di Kanan Atau Di Kiri
Terpancarlah Iman Di Sudut Hati
Memberi Petanda Dia Mengetahui

Malam Dan Siang Menjadi Bukti
Matahari Dan Bulan Menjadi Saksi
Alam Semesta Akan Mememerhati
Bagaimana Hidup Khalifah Di Dunia Ini

Kemana Hilang Pejuang Ilahi
Yang Cuma Ada Pewira Duniawi

Bangkitlah Bangsa Terakhir!
Perjuangkan Agama Ya Rabbi!
Berpeganglah Pada Kitab Yang Suci!
Pimpinkan Pada Sunnah Nabi!

No comments:

Post a Comment